Friday, October 18, 2013

Wanita Yang Dimurkai Allah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
 
PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA
 
1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan  apa yang kau suka."
2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada  orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.
 
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak
seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...
 
WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH
 
Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.  Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi  Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn  ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W.  bersabda: -

"Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan  Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula  segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."
 
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: -

"Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.
 
Nabi S.A.W. adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.

Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.
 
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis."

Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: -
 
1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.
6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.
7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat  penyakit kulit dan lepra.
9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.
 
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu."  Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -
 
1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn  kata
3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.
5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.
6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.
7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.
8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn diasuka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -
 
1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah org.
 
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah...maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.
 
Wassalam.
 
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP



   Manusia tidak akan mendapat kebahagiaan, tidak akan mendapat ketenangan dan tidak akan mendapat keindahan hidup, kalau tiga perkara ini tidak dapat dimiliki:

1. Kenal ALLAH SWT.
2. Kenal kerja-kerja ALLAH SWT.
3. Kenal dirinya sendiri.

Kita sebagai hamba ALLAH tidak akan pandai mengharungi hidup. Jiwa pasti tidak tenang, keluh-kesah, sempit, sekalipun kita kaya, mempunyai kedudukan yang tinggi, ilmu yang tinggi, badan kuat,  dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan oleh ALLAH SWT dalam  ayat: "Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, maka ALLAH SWT akan untuk- kan baginya kehidupan yang sempit." (Thoha: l24)

artinya, orang yang tidak faham atau kenal Tuhan Azzawajalla, tidak kenal dirinya sendiri, dan tidak kenal kerja Tuhan Az zawajalla itu akan disempitkan kehidupannya. Maksud hidup sempit ini; hatinya sentiasa sempit, hati tidak lapang, kusut, hati tersendat, hati tidak tenang, kebahagiaan hati tidak diperolehi; walaupun nampak pada zahirnya, hidupnya lapang. Kenapa? Coba kita bahaskan sedikit untuk membuktikan kenyataan ini.

Orang yang tidak kenal ALLAH SWT artinya orang yang tidak berTuhan. Orang yang tidak merasai adanya Tuhan Azzawajalla. Walaupun kalau ditanya, dia mengatakan percaya adanya Tuhan Azzawajalla, tetapi dia tidak merasakan di hatinya bahawa dia itu berTuhankan ALLAH SWT. Orang yang tidak merasa di hatinya bahwa dia ber-Tuhan, artinya dia tidak ada tempat rujuk. Tidak ada sandaran. Tidak ada tempat untuk menggantungkan harapan. Tidak ada tempat untuk meminta. Tidak ada tempat hendak mengadu. Sedangkan manusia ini dalam hidupnya tidak boleh lepas daripada bermacam-macam masalah hidup seperti kesusahan dan kesulitan. Jadi kalaulah datang kepayahan dan kesusahan yang bermacam-macam bentuk, sedangkan rasa berTuhan tidak ada (artinya tidak kenal ALLAH SWT), maka dia tidak ada tempat mengadu. artinya, dia terpaksa bergantung kepada diri sendiri saja untuk menyelesaikan masalahnya. Tidak mungkin manusia boleh menyelesaikan permasalahan hidupnya sendiri tanpa

campur Tuhan Azzawajalla. Inilah yang dimaksudkan orang yang tidak kenal Tuhan jiwanya menderita, jiwanya tidak akan bahagia kerana tempat rujuk, tempat harapan, tempat bergantung sudah tidak ada. Sebab itu perlunya berTuhan dan mesti kenal ALLAH SWT.

Dalam ajaran Islam ini penganutnya disuruh kenal hakikat dirinya, seperti maksud hadis: "Barang siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya. (Hadis Pilihan) Orang yang tidak mengenal dirinya, juga tidak akan bahagia. Sebab orang yang tidak mengenal dirinya sendiri ini, dia tidak akan te- rasa bahawa dirinya itu adalah hamba kepada Tuhan Azzawajalla. Cuma kalau dia ditanya, "Aku ini hamba ALLAH SWT kah?" Akalnya menjawab, "Ya!" Itu bukan merasa, cuma sekadar pada ilmu- nya saja dia tahu yang dirinya adalah hamba ALLAH SWT. Tetapi kalau rasa kehambaan itu tidak ada di dalam hatinya, artinya dia tidak kenal dirinya sendiri. Orang yang tidak kenal dirinya sendiri, nanti dia rasa dirinya tuan. Dia rasa, dialah besar. Dia rasa dirinya mulia. Dia rasa, dialah yang mempunyai kelebihan walaupun dia sebenarnya tidak ada kelebihan. Maka timbullah sifat sombong dan sebagainya. Di waktu dia dalam suasana begitu atau perasaannya begitu, sekali lagi saya katakan, dalam pengalaman hidup manusia, dia tidak boleh lepas daripada kritikan. Kalau nantinya ada orang lain yang kritik atau ada orang yang lebih gagah daripada dia, menderitalah jiwanya, disebabkan ketuanannya tercabar. Dan yang lebih-lebih lagi tercabar, kalau dia Boss di pejabatnya, tiba-tiba bawahannya tidak taat dengan dia lagi. Ketika itu dia rasa ketuanannya telah dihina dan dicabar. Ini disebabkan dia merasa dirinya adalah tuan yang mesti dihormati dan bukannya seorang hamba. Jadi hilanglah kebahagiaannya. Itu adalah sebagai contoh dan bolehlah kalau kita hendak datangkan contoh-contoh yang lain.

Begitu juga manusia tidak akan bahagia, tidak akan mendapat ketenangan walau bagai- mana tinggi kedudukannya sekalipun, kalau dia tidak tahu kenapa dan mengapa ALLAH SWT jadikan pada dirinya sesuatu yang dia sukai atau sesuatu yang dia tidak sukai seperti yang telah disuratkan oleh taqdir. Kalau ALLAH SWT beri dia ilmu dia tidak tahu mengapa. ALLAH SWT beri dia kehidupan yang miskin, dia tidak tahu mengapa. ALLAH SWT beri dia sakit, dia tidak faham kenapa dan mengapa. ALLAH SWT beri dia kekayaan, dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT beri dia kedudukan yang tinggi, jabatan yang tinggi tetapi dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT jadikan dia pemimpin, dia tidak faham mengapa. ALLAH SWT jadikan dia sebagai pengikut, dia tidak faham mengapa. Orang ini juga tidak akan mendapat kebahagiaan. Ya atau tidak? Coba kita bahaskan apakah benar atau tidak, kalau kita tidak tahu mengapa ALLAH SWT lakukan sesuatu taqdir itu kepada diri kita, nescaya kita tidak akan dapat kebahagiaan.

Contohnya, suatu masa kita jatuh sakit. Memang kita tidak boleh mengelak daripada sakit. Paling tidak daIam seumur hidup kita, walaupun sekali, mesti menerima sakit. Biasanya dalam setahun kita mengalami tiga atau empat kali diserang sakit. Cuma keadaannya saja berbeda, antara ringan dengan berat sahaja. Bila kita sakit, kemudian kita tidak tahu mengapa ALLAH SWT sakitkan kita, nescaya kita akan membesar-besarkan rasa sakit itu. Sudah penyakit itu memangnya membuatkan diri atau badan kita sakit, tetapi dengan kita keluh kesah menyesali sakit yang menimpa itu, jadi bertambahlah terasa sakitnya. Mula-mula sakit di badan, dan oleh kerana tidak tahu me- ngapa ALLAH SWT sakitkan kita, akhimya sakit hati. Jadi dua kali sakit iaitu sakit badan dan sakit hati. Akhirnya ’meratus’ atau bercakap yang bukan-bukan yang tidak selayaknya. Atau ALLAH SWT memiskinkan hidup kita. Tetapi kita tidak faham mengapa ALLAH SWT miskinkan hidup kita, maka parahlah jiwa kita dan menderitalah hidup kita di mana kita rasa terhina dengan kemiskinan itu. Sebaliknya kalau kita faham mengapa ALLAH SWT miskinkan kita tentulah kita tidak akan merasa terhina. Sebaliknya boleh terhibur hati kita. Dan kalau kita faham mengapa ALLAH SWT sakitkan kita, maka kita tidak akan keluh- kesah menanggung rasa sakit itu. Hanya fisikal saja yang sakit tetapi hati tetap terhibur.

Begitu jugalah kalau ALLAH SWT senangkan hidup kita atau kayakan kita, kita diberi jabatan, jadi pemimpin dan sebagainya, kalau kita tidak faham mengapa ALLAH lakukan begitu kepada diri kita, artinyaa sama iaitu kita juga tidak bahagia. Sebab kalau kita tidak tahu mengapa ALLAH SWT jadikan kita begitu, nanti kita rasa itu semua hanya kita yang punya. Apabila kita sudah merasakan itu semua adalah kita punya, sehelum harta itu hilang , hati kecil kita sudah menderita. Susah hati, "Jangan-jangan, harta aku nanti dicuri orang." "Jangan-jangan, nanti akan habis harta aku ini." "Jangan-jangan, dalam dua atau tiga tahun lagi mungkin jabatan aku diambil orang." Mengenangkan hal itu, hatinya jadi sakit parah. Sebelum dia jatuh dari jabatannya lagi, hatinya sudah jatuh sakit tertekan terlebih dahulu. Kalau taqdirnya esok dia jatuh maknanya dia mengalami dua kali jatuh iaitu fisikalnya jatuh dan hatinya juga jatuh. Ini disebabkan dia tidak dapat faham mengapa ALLAH SWT jadikan dia sebagai pemimpin, mengapa ALLAH SWT kayakan dia dan mengapa ALLAH SWT beri dia jabatan. Dia tidak faham semua itu. Akhirnya tidak dapat kehahagiaan juga. Tidak bahagia. Padahal, sama ada ujian kesusahan maupun ujian kesenangan, di sebalik itu ada maksud ALLAH SWT. Maha Suci ALLAH SWT yang tidak pernah melakukan sesuatu itu sia-sia atau sembrono saja. Tidak. ALLAH SWT lakukan semua itu dengan penuh hikmah. Ada mengan- dung pengajaran. Ada falsafahnya, ada maksud tersiratnya dan ada pendidikannya.

Katalah ALLAH SWT miskinkan kita atau sakitkan kita umpamanya. Orang yang kenal kerja ALLAH SWT melalui AI Quran dan melalui Sunnah Rasulullah SAW, hatinya terhibur menerima taqdir itu. Betapa dia tidak terhibur kerana:

1. Dia sadar ALLAH SWT hendak beri dia kerehatan dan kurang tanggungjawab.

Orang miskin dan orang yang sakit, kurang tanggungjawab atau tidak ada tanggungjawab kepada masyarakat. Itu kan meringankan beban tanggungjawabnya. Dia sedar itulah caranya ALLAH SWT hendak ungkai tanggungjawabnya kepada masyarakat, kepada negara dan sebagainya yang begitu sulit kalau kita yang memikul tanggungjawab itu iaitu kalau ALLAH SWT bagi kepada kita tanggungjawab itu.

2. Kita masih terhibur kalau kita rasa pernah berdosa:

"Oh! ALLAH SWT akan selesaikan di sini lagi, ALLAH SWT dahulukan hukuman di dunia, kerana ALLAH SWT tidak mau hukum aku di Akhirat dengan Neraka. ALLAH SWT selamat- kan aku daripada seksa Neraka.." Kalau kitu berfikir begitu, hati kita masih boleh terhibur. Sebab kesilapan kita itu, kalau ALLAH SWT hukum di Akhirat atau ditangguh- kan di Akhirat nanti iaitu selepas kita mati, tentulah amat dahsyat. Wal’iyazubillah. Tetapi apabila ALLAH SWT hukum dosa- dosa kita di dunia lagi iaitu dengan ditimpakan sakit, miskin dan dihilangkan pangkat kita, artinya ALLAH tidak akan hukum lagi di Akhirat kerana sakit miskin dan kehilangan pangkat itu adalah termasuk hukuman ALLAH SWT. "Oh! Rupa-rupanya ALLAH SWT hukum aku melalui cara ini, di sini saja (di dunia) di atas kesalahan aku. Kalau dihukum di sini. mana- lah berat sangat jika dibandingkan kalau dihukum di Akhirat dengan Neraka.." Masih terhibur hatinya. Ataupun kalau dia pada zahirnya tidak nampak dia berbuat salah, "Oh! Barangkali ALLAH SWT hendak bagi aku darjat dan pangkat di Akhirat dengan Syurga." Terhibur hatinya. Masih mampu terhibur dalam ujian.

Ini hanya berlaku kalau dia tahu mengapa ALLAH SWT sakitkan dia atau miskinkan dia. Dia terus terhibur kerana hatinya tetap kaya. Jadi barulah kita faham, bila kita miskin atau sakit, itu menunjukkan ALLAH SWT hendak beri kepada kita pahala sabar, iaitu selain daripada hikmah yang telah saya sebutkan tadi. Sebab sabar itu diperolehi bila seseorang itu miskin, bila sakit, bila tidak ada jabatan dan sebagainya. Sabar dalam menanggung perasaan ketika ditimpa ujian itu amat besar pahalanya di sisi ALLAH SWT. Dalam Al Quran dinyatakan: "Sesungguhnya ganjaran untuk orang yang sabar ialah tanpa hisab." (Az Zumar: 10)

Jadi pahala sabar yang ALLAH SWT ganjarkan itu tanpa hisab. la tidak mengikut nisbah biasa; satu nisbah sepuluh atau satu nisbah tujuh puluh. Sebaliknya mengikut seberapa banyak yang ALLAH SWT hendak beri. Inilah nilai pahala sabar. Jadi kalau kita faham tentang hakikat itu semua, tidak jadi masalahlah tentang sakit, tentang miskin, tidak ada harta dan sebagainya. Begitu juga umpamanya kalau kita diberi kelebihan oleh ALLAH SWT dengan ilmu. Ini adalah dengan tujuan supaya kita dapat pahala melalui ilmu ini dengan cara mengajar orang ramai atau berdakwah. Tujuan ALLAH SWT supaya kita dapat pahala syukur. Kita bekerja menyampaikan ilmu kepada orang lain itu sebagai tanda kita bersyukur kerana ALLAH SWT beri ilmu kepada kita. Di situlah ALLAH SWT beri pahala syukur. Atau kita diberi harta yang banyak dan dengannya membolehkan kita berkorban.

Apabila kita berkorban, itulah tanda syukur maka kita dapat pahala syukur. Atau kalau seseorang itu menjadi pemimpin dan lebih-lebih kalau jadi pemimpin besar di  negara. Nikmat ini adalah untuk membolehkan dia bersyukur melalui jabatan itu sebab dia boleh gunakan jawatannya itu untuk melindungi umat. Melindungi umat ini terlalu besar pahalanya iaitu satu saat saja dia dapat berlaku adil, akan dapat pahala yang lebih besar daripada seorang abid yang sudah tujuh puluh tahun beribadah.

Juga dia termasuk orang yang dilindungi di Padang Mahsyar esok, dari kepanasan matahari yang di waktu itu tidak ada perlindungan apa-apa selain perlindungan Arasy. Kalau kita rujuk kepada hadis, ada disenaraikan tujuh golongan yang dilindungi dan duduk di bawah bayangan Arash; termasuk pemimpin yang adil. Jadi ALLAH SWT hendak beri peluang pahala secara memberikan nikmat-nikmat tertentu agar orang itu bersyukur melalui nikmat itu. Kalau ALLAH SWT beri harta adalah untuk memberi peluang kepadanya bersyukur dengan cara dia membahagi- bahagikan hartanya itu: "Nikmat ALLAH SWT itu hendaklah diagih-agihkan (dicaing-caing atau dibahagi-bahagikan)." (Ad Dhuha: 11)

Itulah ciri-ciri atau tanda orang yang bersyukur. Pahala syukur ini sangat besar. Ada ulama yang memberi pendapat pahala syukur lebih besar daripada pahala sabar. Sedangkan pahala sabar saja pun sudah Bighairi hisab apatah lagi pahala syukur ini; mungkin di samping kita dapat Bighairi hisab, ada darjat-darjat lain yang ditambah supaya ianya mengatasi pahala sabar tadi.

Tetapi kebanyakan orang tidak faham mengapa dia diberi kekayaan, mengapa dia diberi pangkat, mengapa dia diberi ilmu. Dia tidak faham. Sebab itu dia jadi orang yang sombong dengan harta. Dia jadi orang yang tamak. Dia tahan hartanya dan tidak dikorbankan pada jalan ALLAH SWT. Diberi ilmu kepadanya tetapi dia sombong dengan ilmunya itu. Tidak disampaikan kepada orang lain dan kalau disampaikan pun mesti dinilai dengan uang ringgit; umpamanya sejam mesti dibayar seratus atau dua ratus ringgit. Dia mensyarahkan ilmunya itu bukan dengan tujuan untuk menginsafkan orang yang mendengar. Begitu juga kalau dia jadi pemimpin, niat- nya bukan hendak melindungi orang ramai, bukan hendak ajak orang ramai kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya tetapi dia berbangga dengan jawatan dan kedudukan yang dimilikinya.

Hukuman untuk si bakhil Orang yang berharta umpamanya, apabila dia tidak tahu mengapa dia diberi kekayaan oleh ALLAH SWT, timbul tamak dengan harta, sayang dengan harta dan tidak dikorbankan pada jalan ALLAH, maka

ALLAH memberi hukuman dalam Al Quran: "Mereka yang menumpuk-numpukkan emas dan perak. Berilah khabar gembira dengan azab yang maha pedih. " (At Taubah: 34) Zaman dahulu emas dan perak itulah yang menjadi harta dan mata uang. Mereka berjual beli dengan menggunakan wang emas dan perak. Zaman sekarang, emas dinilai dengan wang kertas tetapi hakikatnya sama juga. Dengan rahmatNya, maka ALLAH SWT beri manusia ini ilmu dan kaedah menilai emas itu dengan kertas, yang mana ini sangat memudahkan. Jadi mereka yang menumpuk-numpukkan emas dan perak serta tidak dikorbankannya pada jalan ALLAH maka ALLAH SWT perli mereka: "Berilah mereka itu khabar gembira.." Biasanya apabila disebut khabar gembira itu ialah dengan sesuatu yang baik dan yang positif. Tetapi untuk mereka ini, ALLAH SWT khabarkan dengan perkara yang negatif sebagai suatu perli,"dengan azab yang maha pedih (Neraka). "

Bagaimanakah bentuk atau ciri-ciri orang yang menumpuk-numpukkan harta? Termasuk ciri orang yang menumpuk-numpukkan harta ini ialah:

1. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
2. Orang yang tidak keluarkan kewajiban yang aradhi.

Apakah kewajipan yang ardhi? Iaitu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan pada masa-masa yang tertentu ketika masyarakat Islam memerlukan bantuan keuangan. Sedangkan orang-orang miskin tidak boleh bertanggungjawab karena mereka tidak ada harta kepunyaan peribadi. Umpamanya ketika umat Islam memerlukan hospital yang menjalankan perawatan secara syariat, di waktu itu wajib hukumnya bagi orang kaya untuk mengeluarkan bantuan keuangan hingga kepada tercetus sebuah hospital. Kalau tidak dikeluarkan uangnya maka dia termasuk golongan orang yang membekukan hartanya atau orang yang menumpuk-numpukkan hartanya.

Sekali-sekali bila berlaku bencana alam yang menyebabkan bangunan dan harta benda rusak serta ramai orang yang mati dan sakit. Bantuan yang banyak sangat diperlukan. Dan di waktu itu wajib aradhi bagi orang yang kaya di tempat itu bertanggungjawab. Bukan saja kerajaan (karena dalam hal ini kerajaan memang sudah semestinya bertanggungjawab) tetapi orang kaya juga wajib bertanggungjawab.

Kadangkala dalam kesempatan tertentu orang- orang kaya dituntut untuk lebih bertanggung-jawab daripada kerajaan. Contohnya kalau kerajaan sendiri menghadapi masalah keuangan, orang kaya lebih dipertanggungjawabkan daripada pemerintah. Kalau dia tidak mau keluarkan hartanya untuk perkara wajib aradhi itu maka termasuklah dia sebagai orang yang membekukan harta atau menumpuk-numpukkan harta.

Sekali-sekala pula umpamanya umat Islam amat perlu atau sangat terdesak supaya memba- ngunkan ekonomi komersil secara Islam untuk mencabar ekonomi kapitalis yang sudah sekian menindas masyarakat. Tetapi umpamanya, orang-orang kaya Islam masih lagi tidak bertanggung-jawab di mana hartanya yang terhimpun itu tetap ditahan dan tidak dialirkan untuk membangunkan ekonomi komersil itu maka dia termasuk mereka yang menumpuk-numpukkan harta yang akan diberi "khabar gembira" dengan azab yang maha pedih iaitu Neraka. Wal ’iyazubillah.

Termasuk juga orang yang suka menumpuk- numpukkan harta ini ialah mereka yang membekukan hartanya sampai setahun tidak teredar di tengah masyarakat. Ini termasuk juga kategori menumpuk-numpukkan harta. Dalam Ihya’ Ulumuddin ulasan daripada Imam Al Ghazali rh:

"Seseorang itu hanya dibenarkan menyimpan uang , emas dan perak hanya dalam masa setahun iaitu untuk sekadar perbelanjaannya selama setahun."

Dalam tempo itu saja yang dibenarkan atau diharuskan. Kalau sudah lebih setahun duit itu hanya tersimpan di dalam laci kita (style menyimpan ala kampung) atau disimpan dalam bank dan tidak teredar di tengah masyarakat, sama ada dalam bentuk dipinjamkan, disedekahkan, ataupun dia membangunkan kedai untuk memudahkan orang ramai membeli-belah dan mendapatkan barang-barang keperluan harian dan sebagainya, dia termasuk orang yang menumpuk-numpukkan harta.

Ramai orang yang tidak faham maksud ayat ini dengan menganggap bahawa orang kaya yang tidak bersyukur atau yang tidak bertanggungjawab itu hanyalah mereka yang tidak mengeluarkan zakat sahaja. Ini suatu kesilapan dan kekeliruan. Ulama-ulama hanya menceritakan perkara yang pertama sahaja, sedangkan dua perkara lagi itu disorok.

Jadi kalau lebih setahun harta itu tidak teredar di tengah masyarakat seperti tidak diperniagakan, tidak diberi pinjam kepada orang yang kesempitan hidup, tidak digunakan untuk membantu orang yang sedang susah dan sebagainya maka dia termasuk golongan yang menumpuk-numpukkan harta. Haram hukumnya.

Setidak-tidaknya kalau dibangunkan kedai, berapa banyak orang dapat menikmati kemudahan membeli-belah. Masyarakat boleh menumpang membeli barang-barang keperluan dengan tidak perlu bersusah-payah pergi ke tempat yang jauh.

Sebaliknya golongan ini lebih gemar untuk terus menghimpun hartanya. Lebih-lebih lagi di zaman berleluasanya amalan riba ini, sengaja harta disimpan dalam bank sebagai ’pokok’, daripada situ mereka hanya ’makan bunga’ sahaja. Perangai begini lebih dahsyat lagi.

Jadi kebanyakan manusia yang ada di muka bumi ini tidak kenal ALLAH SWT, tidak kenal dirinya sendiri dan tidak kenal mengapa ALLAH SWT berbuat sesuatu terhadap dirinya. Akibatnya dia tidak pandai menempuh hidup. Bila tidak pandai menempuh hidup maka dia tidak akan dapat kebahagiaan hakiki.

Barulah kita sedar betapa pentingnya rasa bertuhan. Bukan sekadar tahu adanya Tuhan tetapi rasa berTuhan itu juga amat penting. Seterusnya rasa kehambaan dan faham benar kerja-kerja ALLAH SWT kepada diri kita itu amat penting sekali. Ini faktor keselamatan kita di dunia dan Akhirat.

Moga-moga ALLAH SWT sentiasa memimpin kita hingga kita mendapat kejayaan di dunia dan di Akhirat.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA



Assalamu'alaikum wr wb....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala - galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s.
tetap merindukan siti hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, istri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tak logis kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan
begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:
JANGAN COBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN
HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA,

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN
SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi
ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana mentri negara atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan. Sebaliknya, disitulah kasih sayang Tuhan, karena rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 wajah: negarawan, karyawan,
jutawan dan wan-wan lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak
terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIRUSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIRUSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BISA MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan, mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan secretary, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan istri dan bapak akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepemimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA. jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTRI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PRIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

wassalam



Komentar ya

scan QR code

QRCode

Template by:
Free Blog Templates